.

Pages

Thursday, 2 January 2014

Ballack : England tidak berada tahap Jerman



Michael Ballack telah memperkecilkan England dengan mendakwa skuad Roy Hodgson tidak berada pada tahap yang sama seperti rival Piala Dunia, Jerman.
 
Kedua-dua negara itu akan bertemu satu sama lain dalam persahabatan malam ini di Wembley, namun bekas midfielder, Ballack yakin negaranya adalah jauh lebih hebat daripada The Three Lions.
 
"Saya tak lihat England berada di tahap yang sama macam pasukan seperti Jerman atau Sepanyol. Mereka agak ketinggalan," katanya.
 
"Mereka ada ramai pemain berbakat, tapi masih nama besar. Kami sentiasa sangat menghormati mereka apabila kami bermain menentang England."
 
"Ini bukan perlawanan persahabatan sebenar. England bertemu Jerman dan ia sentiasa persaingan yang hebat."
 
Ballack, yang memenangi 98 caps untuk Jerman, juga yakin bahawa England perlu memenuhi jangkaan besar kepada mereka di Brazil menjadi positif jika mereka mahu mengekalkan harapan di dalam kejohanan.
 
"Di Piala Dunia akan datang England mesti menggunakan nama mereka, menggunakan kualiti mereka dan mempunyai keyakinan. Kemudian segala-galanya adalah mungkin," katanya.

No comments:

Post a Comment