
Dahulu nama Johan As’ari tak pernah dikenali tetapi hari ini nama tersebut bukanlah satu nama yang asing lagi. Sebelumnya
nama ini dikenali dengan bakatnya, namun hari ini, nama ini semakin dipandang jijik oleh orang ramai kerana beberapa kes
yang melibatkan beberapa selebriti wanita sebelum ini yang membuatkan ramai rasa meluat dengan lelaki konon kasanova ini.
Hakikatnya, beberapa kes terdahulu telah mula dilupakan tetapi sikap Johan As’ari ini sendiri dengan hal yang terpalit di
mukanya telah menaikkan semula pelbagai kisah yang dah pun berlalu. Bukan seorang atau dua, tapi ramai nama selebriti
wanita dikaitkan dengan dirinya.

BACA: “Saya Cari Pembimbing, Allah Temukan Saya Dengan Johan” – Lana Nordin
Tidak sampai sebulan hubungan mereka, Johan memutuskan hubungannya dengan alasan tiada restu orang tua.
Meskipun Lana menerima keputusan itu dengan terbuka, namun aktres yang diberi jolokan ‘Pamela Anderson Malaysia’ itu
tetap sinis mempertikaikan sikap Johan yang tidak matang serta mempergunakan agama untuk mendekatinya.
BACA: “Saya anggap keputusan Johan putuskan hubungan adalah kelakar” – Lana Nordin
Tak kurang juga tanggapan dan persepsi yang lahir dari peminatnya sendiri, yang melabel Johan sebagai lelaki ‘kasanova’ dan
suka mempermainkan hati wanita. Tidak mudah melatah dengan apa saja yang dihamburkan untuk dirinya, jejaka kelahiran
Pulau Pinang ini, tetap memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dia masih diberikan ruang kesempatan untuk terus
memperbaiki dirinya.
“Setulus hati saya tak pernah terdetik untuk mempermainkan perasan wanita. Segala yang berlaku adalah asam garam
kehidupan. Soal menggunakan agama untuk rapat dengan wanita pastinya tak benar, kerana bagi saya dakwah itu adalah kerja
kita sesama Muslim. Manakala tanggungjawab dan aktiviti sehari-hari adalah ibadah kita. Ke mana jua saya pergi agama tetap
saya bawa bersama,” – Jelas Johan.
Johan juga berharap perkara ini tidak dipanjangkan atau disalaherti lagi kerana manusia biasa tidak lepas dari kesilapan.
“Saya manusia biasa yang tidak terlepas daripada kekhilafan. Saya berharap perkara ini tidak dipanjangkan dan disalah ertikan
oleh mana-mana pihak”.
Apapun OhMedia harap masa akan datang, Johan akan bertindak lebih matang lagi. Tak boleh nak salahkan tanggapan orang
kalau dah memang jelas kesilapan tu datang dari diri kita juga hasil keputusan yang terburu-buru. Wanita bukan untuk
dipermainkan tetapi untuk dibimbing dan disayangi. Diharap perkara yang sama tidak akan berulang lah ya Johan? Heh.
No comments:
Post a Comment