.

Pages

Thursday, 2 January 2014

Tuan Guru Nik Aziz Meriahkan Majlis Resepsi Fizo Omar & Mawar



Nampaknya hasrat hati pelakon kacak kelahiran negeri Kelantan untuk meraikan rakyat Kelantan yang menyokong kuat
kerjayanya tercapai apabila dia menumbangkan 10 ekor lembu sempena majlis kesyukuran penikahannya dengan Mawar di
kampung halaman Fizo di Taman Sri Jawa, Selising, semalam.
Tambah menarik lagi, majlis itu dihadiri oleh Tuan Guru Nik Aziz iaitu mantan menteri besar negeri Kelantan yang begitu
disanjungi. Kehadiran Tok Guru itu pastinya memambahkan lagi kemeriaan majlis tersebut kerana secara tidak langsung orang
ramai juga turut berpeluang berjumpa dengan Tok Guru.
Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 28 meluahkan rasa syukur kerana majlis yang dihadiri kira-kira 15,000
tetamu sejurus rombongan keluarga isterinya, Mawar Abdul Rahman, 24 tiba dengan diiringi konvoi motorsikal berkuasa
tinggi.
“Alhamdulillah, saya gembira kerana hasrat meraikan orang ramai di tanah kelahiran saya tercapai. Saya
berterima kasih kepada semua tetamu yang meluangkan masa ke majlis ini termasuk tetamu kehormat.
“Ini tanda terima kasih saya kepada mereka yang selama ini menyokong saya dalam bidang lakonan dan juga
menyokong penglibatan saya serta Mawar dalam dunia perniagaan,” katanya.
Pasangan pengantin ini kelihatan sangat anggun dan ceria dengan mengenakan busana berpakaian merah jambu dan tidak jemu
melayan tetamu serta peminat sepanjang majlis. Majlis ini juga turut dihadiri oleh penjaga gol bola sepak negara, Khairul Fahmi
Che Mat dan isterinya yang kini sarat mengandung.

No comments:

Post a Comment