
Chelsea mungkin terpaksa melepaskan sama ada Fernando Torres atau Demba Ba jika mereka mahu memiliki Radamel Falcao, menurut laporan di Perancis.
Falcao baru saja menyertai Monaco musim panas lepas namun spekulasi menyebut beliau tidak gembira bersama kelab barunya dan boleh disambar oleh mana-mana kelab elit Eropah.
Chelsea dipercayai mahu membawa Falcao ke Liga Perdana Inggeris musim panas lepas, tapi telah ditewaskan dengan tawaran Monaco sebanyak £52 juta.
Namun dengan the Blues masih lagi memburu penyerang berkelas dunia, lebih-lebih lagi pembelian sementara Samuel Eto’o hanya ada kontrak setahun yang berakhir musim panas nanti, mereka boleh kembali mencari Falcao.
Dan menurut majalah Perancis, Le10Sport, Monaco tidak menolak untuk menjual penyerang antarabangsa Colombia itu, tapi akan mahukan £80 juta.
Alternatif lain menurut majalah itu ialah Monaco menerima Torres atau Ba dari Chelsea sebagai pertukarannya.
Namun perjanjian sebegini masih membuatkan the Blues kekurangan penyerang selain dari Monaco meminta harga yang cukup tinggi dan ia cadangan yang pasti tidak menggembirakan Jose Mourinho.
| |
No comments:
Post a Comment