.

Pages

Saturday, 4 January 2014

Izara Aisyah Anggap Kelab Peminat Hanya Timbulkan Masalah




Kalau selebriti lain berlumba-lumba untuk mempunyai kelab peminat, lain pula bagi aktres jelita Izara Aisyah
yang tidak mahu mempunyai kelab peminat kerana alasannya tersendiri. Menurut pelakon yang popular
dengan drama ‘Vanilla Coklat’ ini dia mahu bersikap adil kepada semua peminatnya dan tidak mahu hanya
memberi perhatian kepada satu kelompok sahaja.
“Saya tak buat kelab peminat sebab saya tak mahu peminat saya berada dalam satu kelompok
sahaja. Saya rasa tak adil jika hanya ahli kelab peminat saja yang mendapat layanan atau dapat
meluangkan masa dengan artis kesayangan mereka. Saya tak rasa rugi sebab bagi saya, lagi
seronok jika ia dibuat dengan lebih terbuka dan tidak hanya tertumpu dalam satu kumpulan
sahaja.
“Saya juga tidak percaya dengan penubuhan kelab peminat kerana ia hanya akan menimbulkan
masalah dan juga salah faham. Sebelum ini ada pihak pernah buat kelab peminat tanpa
pengetahuan saya dan mempergunakan duit orang lain untuk membuat T-shirt dan sebagainya.
Bagi mengelakkan perkara sebegini berulang, saya lebih selesa untuk tidak mempunyai kelab
peminat,” ujar Izara sambil menafikan tawaran dalam kerjaya seninya semakin berkurangan.
“Ramai orang ingat saya senyap sebab tak dapat tawaran berlakon. Sebenarnya, tahun 2013
saya sangat sibuk dengan jadual penggambaran sehingga saya tidak ada masa untuk berehat.
Tahun 2013 saya jalani banyak penggambaran filem dan insyaAllah untuk tahun 2014 ini, orang
akan nampak saya lebih kerana banyak cerita saya akan keluar tahun ini.” jelas Izara panjang
lebar.

No comments:

Post a Comment