
Sebut sahaja nama Izara Aisyah pasti sudah terbayang wajah cantik bak bulan pernama yang dimiliki gadis cantik ini. Sebagai
wanita, Izara pastinya tidak terlepas dari soalan bilakah dia akan menamatkan zaman bujangnya biarpun baru sahaja mencecah
usia 21 tahun.
Namun, Izara tanpa berselindung mengakui hatinya sudah dimiliki malah kekasihnya telah memberikan beberapa syarat
sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
“Dia memahami kerja dan kesibukan saya, namun dia tidak mahu saya aktif berlakon dan kerap keluar televisyen
selepas berkahwin nanti. Dia juga sudah beritahu agar tidak berlakon adegan berpelukan dan perlu balik rumah
awal sebelum dia pulang daripada kerja.
“Kalau diikutkan, dia mahu berkahwin tiga tahun lagi, tetapi tiga tahun masih terlalu awal bagi saya dan banyak
lagi yang saya belum capai dalam industri ini.
“Apa-apa pun bergantung kepada jodoh yang ditetapkan Allah, kami hanya mampu merancang sahaja,” katanya
yang enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut.
Menurut Izara, disebabkan syarat-syarat tersebut dia telah meminta tempoh selama 7 tahun untuk bergiat aktif dalam bidang
lakonan sebelum memutuskan untuk berumahtangga. Izara juga tidak tidak menolak ada kemungkinan yang dia akan
mengundurkan diri dari bidang lakonan selepas berkahwin nanti.
No comments:
Post a Comment