
KUALA LUMPUR – Pengunjung pusat membeli-belah Berjaya Times Square, Jalan Imbi gempar dikejutkan insiden seorang
lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 9 pusat membeli belah itu, semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainudddin Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam
menyebabkan mangsa parah.
“Remaja berusia 24 tahun dari Seri Kembangan itu dikatakan terjun dari tingkat sembilan sebelum jatuh di tingkat
bawah pusat beli-belah. Mangsa mati di tempat kejadian,”katanya.
Menurutnya, tiada rakaman CCTV di situ, siasatan awal juga mendapati tiada rekod dan unsur jenayah pada mangsa.
Punca kejadian masih disiasat dan beliau mengesahkan kejadian sebagai kematian mengejut. – SINAR HARIAN.
OHMEDIA: Kami juga turut mengeluarkan tentang kejadian ini selepas beberapa jam ia berlaku di pages Oh! Media.
Berikut adalah rujuka
No comments:
Post a Comment