.

Pages

Thursday, 2 January 2014

Stacy Akui Makin Tertarik Dalami Islam dan Sedia Berkahwin




Sudah lama gosip percintaan antara juara Akademi Fantasia Musim Keenam dengan Akim yang juga bekas pelajar program
tersebut telah lama tersebar. Kali ini Stacy tanpa berselindung lagi mengakui yang mereka sedang hangat bercinta dan bersedia
untuk berkahwin.
Walaupun umum sedia maklum bahawa Stacy seorang gadis beragama Kristian ia bukan penghalang pencintaan mereka.
Stacy atau nama sebenarnya Stacie Angie Anam turut mengakui bahawa dia semakin tertarik untuk mendalami Islam dan
mengagumi agama suci itu.
“Saya percaya jodoh terletak di tangan Tuhan. Saya memang rapat dengan Akim tetapi kalau mahu memeluk
agama Islam, biarlah ia datang sendiri dari hati saya dan bukannya kerana dia (Akim) ataupun sebab lain. Selama
ini, saya banyak bergaul dengan kawan beragama Islam.
“Tidak dinafikan susah melawan gaya kehidupan orang Islam yang bagus. Apatah lagi, agama Islam dan Kristian
mempunyai sedikit persamaan. Contohnya daripada segi nama kalau Kristian panggil nama Abraham dan dalam
Islam namanya ialah Ibrahim. Begitu juga dengan perkara lain,” katanya dalam sidang akhbar di Mutiara
Damansara di sini semalam.

No comments:

Post a Comment